Tuesday, 31 March 2009

Mad Wajib Muttasil dan Mad jaiz Munfasil

Segala Puji Hanya PadaMu Allah,Tuhan Bagi Semesta Alam,Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,Penguasa Hari Pembalasan


Sumber: Asas Tajwid(Muhammad Syarif Hassim)


1)Mad Wajib Muttasil


Erti mad wajib muttasil ialah panjang yang wajib berhubung,apabila berhimpun huruf mad(alif,wau dan ya) dgn hamzah dalam satu kalimah. Ia dinamakan mad wajib muttasil kerana huruf mad dan huruf hamzah bertemu dalam satu kalimah.Cara mengenal mad wajib muttasil ialah selepas huruf mad ada huruf hamzah yang tunggal(biasanya tidak terletak diatas atau dibawah huruf alif) dan keduanya bertemu dalam satu kalimah.Dibaca dengan kadar mad 4 atau 5 harkat.

Contoh:

Izaa jaaaaa a nasru.......

Apabila diwakafkan huruf hamzah maka ia harus dibaca dengan 6 harkat.


2)Mad Jaiz Munfasil


Erti mad jaiz mumfasil ialah panjang yg harus bercerai.Ia dinamakan mad jaiz munfasil kerana huruf mad(alif wau dan ya) berada diakhir pertama dan huruf hamzah berada diawal kalimah berikutnya secara berasingan.Cara mengenal mad jaiz munfasil ialah selepas huruf mad ada huruf hamzah terletak diatas atau dibawahhuruf alif(biasanya) dan kedua-duanya bertemu dalam dua kalimah berasingan

Contohnya:

Walaaaaa anntum aabiduunamaaaaa a'bud

Boleh dibaca dengan 3 wajah,kadar madnya ialah 2,4 atau 5 harkat

No comments: