Salam
Berhabuk sudah blogku yg lama tidak ku usik. Pagi tadi baru sahaja ke kedai buku Muda Osman bersebelahan dengan Azam Photo di Kota Bharu untuk membeli buku karangan Abu Saif - kombinasi "Aku Terima Nikahnya" 1,2 dan 3. Mungkin sudah sampai masanya aku mempersiapkan diriku ,walau tidak pernah siap sebenarnya....=)
Ramai sahabat yg sudahpun menaiki satu anak tangga, termasuklah abangku yg ke-6 pada bulan Mac 2012 ini, alhamdulillah aku tumpang gembira. InsyaAllah bakal iparku solehah, dan keluarganya juga dari keturunan yg baik2.
Tergerak hatiku membuka laman sesawang Abu Saif yg latest entrinya adalah sebuah puisi untuk renungan bersama :
Mengapa ku bercinta dengan kehidupan yang sebentar
Mengapa hati ini terpaut pada insan yang diciptakan
Sedangkan perjuangan merebut cinta Tuhan
Lebih suci dan utama
Terkorban diabaikan
Mengapa ku bercanda dengan badai perasaan
Sehingga bercemamai keimanan ku gadaikan
Sedangkan nun di sana perjuangan memerlukan
Pengorbanan perwira dan serikandi yang sedar
Begitulah bahananya cinta pada dunia
Memusnahkan cinta hakiki Ilahi
Memberi kekecewaan di hati sanubari
Berapa ramai insan mendamba pada dunia
Keremajaannya dipandu angan-angan palsu
Terpesona jiwanya dan terpudarlah imannya
Perjudian angkara perasaan yang inginkan perhatian
Oh Tuhanku ku rafa’kan
Ke hadrat-Mu pengharapan
Pimpinlah hamba-Mu ini
Agar tidak terpedaya lagi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment