Kerja sebagai part time tutor ni bukan suatu yang mudah....kerana dalam menjadi seorang guru yang baik, perlu ada 2 elemen penting iaitu SABAR dan IKHLAS dalam mendidik anak2 murid. Kalau ada 2 sifat ini barulah kita berupaya mengasihi anak2 murid @ pelajar kita. Memang benar bukan mudah untuk menjadi seorang guru.
Baru 3 bulan aku menjadi tutor sambilan. Subhanallah. Aku dapat rasakan inilah kerjaya yang benar2 "matching" dengan jiwaku. Matematik Tambahan,Matematik dan Bahasa Jerman. 3 subjek yang diajar. Tak tahu kenapa tapi ada satu perasaan yang sungguh bahagia bila seorang guru yang mengajar, kemudian mereka/pelajar dapat memahami apa yang diajar. Sungguh bahagia.
Aku pernah menjadi engineer, pernah bekerja di dalam lab, tapi tidak pernah rasa sebahagia ini. Mungkin inilah kerjaya yang paling sesuai dengan diri ini. Apapun, masing2 punya pendapat sendiri.Pendapat peribadiku, kalau kita benar2 suka akan kerja yang kita hendak lakukan, pasti kita bahagia dan ikhlas dalam melakukannya. Jika ada belum ketemu dengan kerjaya impian anda, teruskan mencarinya, dan jangan lupa akan satu lagi kerjaya penting - mengabdikan diri kepada yang Satu. Moga berbahagia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment